Ahlan Wa Sahlan
Photobucket

Pemimpin-pemimpin Sekolah Ugama Lumapas

School Links
Other Links

About School

INFO SEJARAH Ditubuhkan: Penghujung Tahun 50an di Sekolah Melayu Lumapas. Tenaga Pengajar Pertama: Allahyarham Cikgu Awg. Haji Yahya Bin Awg. Haji Abd Rahman. Bangunan Sementara: Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan beratapkan zink dan berdindingkan pelapah buluh. Pada 1984, diperbaharui dengan dinding papan dan dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan sebagainya. Bangunan kekal: Dibina Pada 01 Oktober 1992, di bawah RKN ke-6 dengan belanja $2.5 Juta. Pada 12 Januari 1995: J.P.I menerima anak kunci dari J.K.R, kemudian diserahkan kepada Guru Besar, Cikgu Awang Haji Japar bin Haji Tengah. Dirasmikan: Oleh Yang Amat Mulia Pg.Indera Wijaya Dr. Haji Ismail bin Pg. Haji Damit. Pada 29 RabiulAwal 1417/13 September 1996, Hari Jumaat.


Archives

Shoutbox

Web Site Hit Counter



Friday 1 May 2009
KISAH MALAIKAT JIBRIL A.S DENGAN SEEKOR KERBAU, KELELAWAR DAN CACING. blogg-ed at 15:31


Suatu hari Allah s.w.t telah memerintahkan malaikat Jibril a.s untuk bertemu dengan seekor kerbau untuk menanyakan samaada dia bersyukur dijadikan Allah s.w.t sebagai seekor kerbau.Maka pergilah Malaikat Jibril a.s menemui kerbau yang pada ketika itu mandi berendam kerana cuaca hari yang panas.

Malaikat Jibril a.s pun bertanya kepada kerbau “ kerbau oh kerbau,adakah engkau bersyukur dijadikan sebagai seekor kerbau”.Kerbau pun menjawab “Mestilah Bersyukur,daripada dijadikan seekor kelawar yang mandi dengan air kencing sendiri”.Mendengar jawapan kerbau,Malaikat Jibril a.s pun bertemu dengan seekor lelawar.

Malaikat Jibril a.s pun bertanya kepada kelelawar yang ada didalam gua, “ Kelawar oh kelawar,adakah engkau bersyukur dijadikan sebagai seekor kelawar”.Kelawar pun menjawab “ Mestilah bersyukur,daripada dijadikan seekor cacing yang kecil dan tinggal dilubang tanah ”. Mendengar jawapan kelelawar,Malaikat Jibril a.s pun bertemu dengan seekor cacing.

Malaikat Jibril a.s pun bertanya kepada cacing yang sedang merayap didalam tanah. “ Cacing oh cacing,adakah engkau bersyukur dijadikan seekor cacing ”. Cacing menjawab “ Mestilah bersyukur,daripada dijadikan seekor manusia yang tidak beramal soleh ”.

Disediakan Oleh:
Hamba Allah Murid 3 Ta
Guru Darjah: Cikgu Dayang Noorisma bte Awang Haji Bujang
Sekolah Ugama Lumapas Brunei IV.