Ahlan Wa Sahlan
Photobucket

Pemimpin-pemimpin Sekolah Ugama Lumapas

School Links
Other Links

About School

INFO SEJARAH Ditubuhkan: Penghujung Tahun 50an di Sekolah Melayu Lumapas. Tenaga Pengajar Pertama: Allahyarham Cikgu Awg. Haji Yahya Bin Awg. Haji Abd Rahman. Bangunan Sementara: Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan beratapkan zink dan berdindingkan pelapah buluh. Pada 1984, diperbaharui dengan dinding papan dan dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan sebagainya. Bangunan kekal: Dibina Pada 01 Oktober 1992, di bawah RKN ke-6 dengan belanja $2.5 Juta. Pada 12 Januari 1995: J.P.I menerima anak kunci dari J.K.R, kemudian diserahkan kepada Guru Besar, Cikgu Awang Haji Japar bin Haji Tengah. Dirasmikan: Oleh Yang Amat Mulia Pg.Indera Wijaya Dr. Haji Ismail bin Pg. Haji Damit. Pada 29 RabiulAwal 1417/13 September 1996, Hari Jumaat.


Archives

Shoutbox

Web Site Hit Counter



Friday, 1 May 2009
PERCAYA PADA DIRI ANDA SENDIRI blogg-ed at 15:01


Setiap orang mempunyai kepercayaan pada diri mereka sendiri. Kepercayaan pada diri sendiri bukanlah merupakan suatu persoalan bagi anda. Adakah anda mempunyai kepercayaan diri anda itu kuat atau sebaliknya. Maka untuk persoalan ini anda memerlukan kekuatan fizikal dan emosional.

Orang yang merasa rendah diri mempunyai rasa malu, bingung, rendah hati yang berlebihan. Kepercayaan diri yang sangat berlebihan dan kuat tidak bererti positif. Apa yang penting anda jangan bersandiwara dengan rasa kepercayaan diri sendiri akan tetapi kembangkan lagi diri anda dalam keperibadian anda sendiri.

Oleh itu sama-samalah kita fikirkan saranan di bawah ini bagi memperbaiki kepercayaan pada diri sendiri.

1. Bagi langkah pertama, cari sebab anda merasa rendah diri.

2. Anda hendaklah mengatasi kelemahan diri dengan memiliki kemahuan yang kuat.

3. Perkembangan bakat dan kemampuan anda dengan lebih jauh lagi.

4. Anda hendaklah merasa bahagia diatas keberhasilan yang anda telah buat dan lakukan.

5. Bebaskan diri anda daripada pendapat orang lain kerana dengan cara ini anda merasa diri anda yakin akan diri sendiri

6. Jika anda tidak puas dengan pekerjaan anda yang menyebabkan tidak berkemungkinan untuk memperbaiki diri anda maka anda hendaklah kembangkan keyakinan diri anda dengan bakat-bakat anda melalui sesuatu hobi.

7. Jika anda diminta untuk melakukan tugasan yang sukar maka anda hendaklah melakukan tugasan itu dengan rasa optimis. Jika anda takut melakukan tugasan itu, ada berkemungkinan anda akan kurang percaya diatas kemampuan anda sendiri dan akhirnya anda gagal dalam tugasan yang tidak begitu sulit.

8. Jangan terlalu membandingkan diri anda dengan orang lain, yang berkemungkinan anda akan kecewa dengan diri anda sendiri.

9. Jangan terlalu bercita-cita kerana cita-cita yang itu terlewat dan besar tidak baik menyebabkan semakin sulit bagi anda memenuhi tuntutan yang tinggi ini

10. Jangan gunakan motto “ apa pun juga yang dilakukan dengan baik oleh orang lain saya harus dapat lakukannya dengan sama baiknya” kerana tidak seorang pun dapat mempunyai hasil dalam setiap bidang.

Disediakan oleh:

Cikgu Dayang Hajah Norsah Bte Awang Haji Salleh

Sekolah Ugama Lumapas Brunei IV.