Ahlan Wa Sahlan
Photobucket

Pemimpin-pemimpin Sekolah Ugama Lumapas

School Links
Other Links

About School

INFO SEJARAH Ditubuhkan: Penghujung Tahun 50an di Sekolah Melayu Lumapas. Tenaga Pengajar Pertama: Allahyarham Cikgu Awg. Haji Yahya Bin Awg. Haji Abd Rahman. Bangunan Sementara: Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan beratapkan zink dan berdindingkan pelapah buluh. Pada 1984, diperbaharui dengan dinding papan dan dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan sebagainya. Bangunan kekal: Dibina Pada 01 Oktober 1992, di bawah RKN ke-6 dengan belanja $2.5 Juta. Pada 12 Januari 1995: J.P.I menerima anak kunci dari J.K.R, kemudian diserahkan kepada Guru Besar, Cikgu Awang Haji Japar bin Haji Tengah. Dirasmikan: Oleh Yang Amat Mulia Pg.Indera Wijaya Dr. Haji Ismail bin Pg. Haji Damit. Pada 29 RabiulAwal 1417/13 September 1996, Hari Jumaat.


Archives

Shoutbox

Web Site Hit Counter



Friday, 1 May 2009
HINDARI KEGELISAHAN blogg-ed at 15:16


Antara masalah yang sering mengganggu jiwa manusia ialah perasaaan gelisah. Jiwanya tidak tenteram. Ada sahaja yang bermain-main dalam fikiran sehingga tumpuan kerja terjejas. Gerak-laku tubuh tidak teratur hingga menjejaskan personaliti hariannya.


Perasaan gelisah ini semakin mengancam kehidupan moden kini. Akibat tekaan hidup, ramai orang yang semakin tidak tenteram hidupnya. Kehidupan harian tidak dapat diurus dengan baik.


Pada suatu hari seorang lelaki mendatangi sahabat yang bernama Abdullah ibnu Mas’ud. Lelaki itu berkata kepada Abdullah ibnu Mas’ud: ”Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”


Lalu Abdullah ibnu Mas’ud menjawab: ”Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama ke tempat orang membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan ke semua itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu.”


Setelah mendengar nasihat Abdullah ibnu Mas’ud itu, lelaki itu pun kembali ke rumahnya. Beliau terus berwuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.


Dalam kehidupan moden masa kini, kita tidak terlepas daripada perasaan kegelisahan. Kesannya kita merasai seperti mana yang dirasai oleh permuda di atas. Bahkan mungkin kita rasa lebih daripada itu dan kita alaminya dalam suatu tempoh yang telah lama.


Perasaan seumpama itu jika tidak ditangani secara bijaksana dan berkesan, ia boleh menjejaskan kualiti hidup. Jika ini yang terjadi, banyak pihak yang bakal menanggung akibat. Selain diri sendiri, pasangan kita, anak-anak, rakan sekerja dan orang-orang di sekeliling kita yang menjadi mangsanya.


Oleh itu carilah jalan untuk mengubati perasaan kegelisahan agar hidup kita sentiasa dalam keadaan yang tenang. Jadikan nasihat Abdullah Ibnu Mas’ud di atas sebagai salah satu cara bagi mengatasinya.

Dihasilkan Oleh : Cikgu Dayang Nooraien Binti OKK HJ Mohd. Yunus


Sekolah Ugama Lumapas Brunei IV.