Akhlak seseorang boleh diukur semasa dia sedang makan. Adakah dia makan dengan sopan ataupun makan dengan penuh tertib dan beradab. Semuanya akan menjadi pengukur bagi ketinggian akhlaknya. Rasulullah s.a.w telah memerintahkan umatnya supaya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan pula hanyalah untuk memenuhi sepertiga dari perut. Makan terlalu banyak menyebabkan perut menjadi berat dan menyebabkan datangnya rasa mengantuk. Perut yang berat dan juga menyebabkan seseorang itu menjadi malas. Kegemaran orang yang malas pula adalah tidur. Tidur yang lama dan kerap memerlukan masa yang lama.
Terdapat tiga maksud kenapa seorang islam itu makan, iaitu:
• Seseorang yang beragama islam makan hanyalah untuk memuaskan nafsu kelaparan. Beliau hanya makan apabila terasa lapar dan berhenti sebelum terlalu kenyang.
• Seorang Islam itu hanya akan makan setelah membaca Bismillah, dengan itu syaitan tidak dapat berkongsi makan dengannya dan mencuri keberkatan makanan tersebut.
• Seorang Islam itu makan dengan niat untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah s.w.t. beliau akan makan dengan memikirkan akhirat; iaitu bagaimana dengan makan ia akan memperolehi kekuatan untuk melaksanakan hak-hak Allah s.w.t. dan hamba-hambanya.
Ringkasan adab-adab makan:
• Bacalah Bismillah dan doa sebelum makan, makan dengan tangan kanan dan ambil makan yang berhampiran.
• Dilarang makan dan minum ( memegang cawan atau gelas) dengan tangan kiri, lantaran ianya adalah cara syaitan.
• Jangan makan dan minum sambil berdiri.
• Banyakkan zikir atau bercakap-cakap tentang akhirat semasa makan.
• Jangan mencerca makanan. Jika ia menyelerakan makanlah, jika sebaliknya diam dan tinggalkan.
• Kutiplah makanan yang terjatuh.
• Makanlah di dalam kumpulan ( secara berjemaah )
• Jangan tinggalkan sebarang makanan ( jika ia masih lagi boleh dimakan)
• Sisiplah jari selepas makan.
• Setelah selesai makan, bacalah doa selepas makan.
Doa sebelum makan
بسم الله وبركة الله
Dengan Nama Allah dan berkat Allah
Sekiranya terlupa membaca bismillah pada awalnya, bacalah doa yang berikut apabila teringat:
بسم الله اوله واخره
Dengan Nama Allah di awal dan akhirnya.
Doa selepas makan
الحمد الله الذئ اطعمنا وسقانا وجعلنا مسلمين.
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami orang-orang Islam.
Disediakan oleh:
Dayang Hajah Norsah Bte Awang Haji Salleh