BANYAK BERbicara.
Menurut pepatah melayu,ada menyatakan “ Ikut rasa binasa, ikut hati mati ”. “Kerana mulut,badan binasa ”. Mungkin itu ungkapan yang tepat kepada mereka yang BANYAK BERBICARA.
Dalam waktu satu hari,berpuluh-puluh ribu patah perkataan yang keluar dari mulut kita sehingga tak terhitung oleh jari,tidak kira lelaki mahupun perempuan.Jadi adalah amat penting bagi kita untuk menjaga setiap percakapan.Sebelum memulakan suatu pembicaraan,hendaklah difikirkan dulu oleh akal fikiran lalu diproses dan disusun patah-patah perkataan yang ingin dikeluarkan supaya dapat menjadi ‘halwa telinga’ bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.Banyak bercakap adalah suatu perbuatan yang sia-sia, Sebagai seorang muslim,kita hendaklah memelihara diri dari segi percakapan,tingkah laku,peradaban,pergaulan dan sebagainya yang menjaga diri dari lembah hina adalah suatu kemestian. Apabila bercakap dan berdiam diri memberikan hasil yang sama rata, maka mengikut sunnahnya ,berdiam diri itu adalah lebih baik,melainkan percakapan itu mendatangkan faedah dan berpesan-pesan yang berunsur nasihat dan kata-kata mutiara mengenai hal kebaikan antara satu dengan yang lainnya adalah dituntut.
Namun tanpa kita sedari,kita mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah dan percakapan kosong seperti mengumpat,mengossip,mengejek,menghina,mengadu domba dan sebagainya.Kekadang kerana banyak berbicara juga,kawan boleh menjadi musuh,keluarga berpecah belah dan sebagainya.Rasulullah s.a.w telah benyak memberi peringatan mengenai perkara itu.Diantaranya, sabda Baginda “ Sesiapa yang banyak bercakap,banyaklah kesalahannya.Sesiapa yang banyak kesalahannya, banyaklah dosanya dan Sesiapa yang banyak dosanya,api Nerakalah yang paling layak untuknya ”.