Ahlan Wa Sahlan
Photobucket

Pemimpin-pemimpin Sekolah Ugama Lumapas

School Links
Other Links

About School

INFO SEJARAH Ditubuhkan: Penghujung Tahun 50an di Sekolah Melayu Lumapas. Tenaga Pengajar Pertama: Allahyarham Cikgu Awg. Haji Yahya Bin Awg. Haji Abd Rahman. Bangunan Sementara: Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan beratapkan zink dan berdindingkan pelapah buluh. Pada 1984, diperbaharui dengan dinding papan dan dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan sebagainya. Bangunan kekal: Dibina Pada 01 Oktober 1992, di bawah RKN ke-6 dengan belanja $2.5 Juta. Pada 12 Januari 1995: J.P.I menerima anak kunci dari J.K.R, kemudian diserahkan kepada Guru Besar, Cikgu Awang Haji Japar bin Haji Tengah. Dirasmikan: Oleh Yang Amat Mulia Pg.Indera Wijaya Dr. Haji Ismail bin Pg. Haji Damit. Pada 29 RabiulAwal 1417/13 September 1996, Hari Jumaat.


Archives

Shoutbox

Web Site Hit Counter



Friday, 1 May 2009
Cerpen : KESAL blogg-ed at 14:43

Jam didinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi tapi kelibat Nana masih belum kelihatan.Rosnah merenung jauh keluar jendela , menitis airmatanya deras mengenangkan anak kesayangannya sudah begitu jauh tersesat dari alam nyata. “ Akukah yang bersalah?”.Bisik hatinya.Sejak suaminya pergi menghadap ilahi lima tahun lalu, dia bertekad dan berjajnji akan menjaga dan membahagiakan anak satu-satunya hasil perkongsian hidupnya dengan suaminya 15 tahun lalu.Dia mencurahkan sepenuh kasih dan sayangnya pada Nana, memberikan apa saja kehendaknya, memanjakannya dengan kebendaan dan kemewahan walau kadang- kadang dia sendiri kesempitan tapi demi tekad dan janjinya dia rela berkorban apa saja demi membahgiakan Nana.

Diluar kedengaran seperti bunyi kereta datang. “mungkin itu nana”.Rosnah membuka pintu. Nana terus saja masuk tanpa sepatah kata pun.Tidak sedikitpun kedengaran alunan suaranya yang dulu selalu mengisi kekosongan hati Rosnah, yang dulu selalu menjadi pengubat rindunya pada arwah suaminya.Tapi kini bila Nana sudah dewasa Suara itu semakin hari semakin menghilang, semakin jauh kedengaran , semakin senyap dan membisu. “Nana..” “Kemana Nana pergi sudah jauh malam baru balik?”. “Mama risau tau akan Keselamatan Nana”. Nana hanya diam seribu bahasa.Dia terus saja masuk kedalam bilik meninggalkan Ibunya dengan linangan Airmata.

Entah kenapa beberapa hari ini, Rosnah selalu merasakan kelainan pada dirinya.Dia sudah tidak sesihat dulu lagi.Dia sering muntah-muntah, sakit kepala yang begitu teruk dan kadang – kadang sakit hingga pengsan. “Apa sebenarnya yang ku hadapi?” Bisik hatinya.Dia merenung gambar suaminya, senyuman manisnya sehingga kini masih terpahat kukuh diingatanya dan tidak pernah padam dalam lubuk hatinya, membuatkan airmatanya tiba-tiba jatuh satu demi satu kepipinya yang semakin kurus.”Apakah kita tidak lama lagi akan bertemu?” “sudah lama ku menyimpan kerinduan ini tapi terpaksa ku pendam demi Nana.” “kalau aku sudah tiada nanti Siapa akan menjaga Nana? Dimana tempatnya bergantung nanti? Nana…Maafkan Mama”. “Mama telah merosakkan kau nak..”

Nana berlari lari anak turun kebawah lalu mendekati Rosnah. “Mama ,Nana mahu keluar sekejap.” “Nana mahu kemana lagi? Mama dirumah sunyilah tanpa Nana” “Alahhh..Nana pergi sekejap saja mama”.Jawab Nana.Rosnah diam , matanya hanya memerhatikan Anak kesayangannya berlalu meninggalkannya dengan seribu persoalan dihatinya.

Jam sudah menjagkau pukul 1 pagi, seperti biasa Rosnah menunggu Nana pulang.Tiba-tiba kepalanya terasa sangat sakit, seperti hendak pecah, dia terjatuh, dengan sekuat tenaga dia cuba bangun sambil cuba hendak mencapai ubat diatas meja.Belum sempat dia menelan ubat tadi, pandangannya mula kabur, matanya mula tertutup.Semua nampak gelap dan sunyi.


“Mama..Mama…bangun mama..”.Rosnah perlahan –lahan cuba membuka matanya.Suara Nana tenggelam timbul menembusi cuping telinganya. Nana dari tadi tidak henti-henti menangis ,kesal kerana dia tidak ada disisi mamanya ketika kejadian itu berlaku.“Aaarggh…..dimana mama Nana….”.

Dilihatnya disekeliling Abang , kakak dan saudara mara yang lain pun ada. “ Mama ada dihospital sekarang”.Tiba – tiba saja pandagan Rosnah terhenti pada seraut wajah yang dirinduinya sekian lama kerana baru sekarang berkesempatan bertemu. “ kakak” Panggil Rosnah. “Ya ros….” Jawab Fatimah yang masih menetap dikampung halaman mereka dulu mendiami rumah satu –satunya peninggalan arwah bapa mereka. “JIka....Ros sudah tiada ….jagalah Nana baik – baik seperti anak kakak sendiri, berikanlah dia pendidikan ugama secukupnya…..Janji ya kak….”. “ Ya ros, Kak janji….sudahlah tu.Usah ros bicara lagi, berehatlah dulu..”.Nana masih lagi menangis ,tidak dapat menahan sebak dan kesal bercampur baur.Dia benar – benar menyesal atas perbuatanya selama ini.Sering keluar malam menghabiskan masa bersama kawan – kawan , meninggalkan mamanya keseorangan dirumah, menambahkan lagi kesunyian dan kesengsarannya.Dia kesal tidak memahami perasaan mamanya dan hanya mementingkan perasaannya sahaja.Nana akui, dia begitu merindui arwah bapanya.Disebabkan kerinduannya yang mendalam itulah dia cuba mencari penawarnya Nana kesal.Begitu banyak pengorbanan dan kasih sayang telah mamanya curahkan kepadanya tetapi Nana seolah – olah tidak pernah menghargai semua itu.

“Nana…” “ Ya mama…”Airmata Nana terus saja mengalir bagai hujan mencurah bumi. “Jadilah anak yang baik nak….Dengar kata mak long mu nanti….Jangan susahkan hatinya….dannnn….iiingatlahh mama selalu.” “mama…..mama jangan kata begitu…..mama takkan apa-apa mama….” “maafkan Nana mama…maafkan Nana….Nana janji Nana akan berubah tapi tolong mama jangan tinggalkan Nana…”

Tiba-tiba Rosnah sesak nafas.Nana cemas. “Oh Tuhan jangan kerana perbuatanku kau hukum aku dengan mengambil mamaku….” Bisik hati Nana kesal atas segalanya. “Ash…..ha…du….allaa..hilahaillallah……waashadu……” Rosnah terus merapati matanya. “mama…mama…mama jangan tinggalkan Nana mama…jangan tinggalkan Nana.,,”.Suasanan suram mengiringi kepergian Rosnah.

Sejak kejadian itu Nana berjanji dan bertekad untuk berubah.Nana kini menyambung pelajarannya keuniversiti dan cuba menjadi orang yang diharap-harapkan mamanya. “semoga mama bahagia disana…..mama” .

Dari Abu Hurairah Radhiallhu anha katanya :

Datang seorang laki – laki kepada Rasulullah s.a.w dan bertanya : “ Wahai Rasulallah ! Siapakah yang berhak aku pergauli dengan baik? Jawab beliau “ ibumu “ Tanya orang itu lagi “ sesudah itu siapa? Jawab beliau “ Ibu!” Tanyanya lagi “ kemudian itu siapa lagi ?” Jawab beliau “ ibumu” Tanyanya lagi “siapa lagi?” Jawab beliau “Kemudian itu bapamu”




Hasil Karya,

Cikgu Dayang Alija bte Awang Jafar



Sekolah Ugama Lumapas Brunei IV.