Ahlan Wa Sahlan
Photobucket

Pemimpin-pemimpin Sekolah Ugama Lumapas

School Links
Other Links

About School

INFO SEJARAH Ditubuhkan: Penghujung Tahun 50an di Sekolah Melayu Lumapas. Tenaga Pengajar Pertama: Allahyarham Cikgu Awg. Haji Yahya Bin Awg. Haji Abd Rahman. Bangunan Sementara: Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan beratapkan zink dan berdindingkan pelapah buluh. Pada 1984, diperbaharui dengan dinding papan dan dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan sebagainya. Bangunan kekal: Dibina Pada 01 Oktober 1992, di bawah RKN ke-6 dengan belanja $2.5 Juta. Pada 12 Januari 1995: J.P.I menerima anak kunci dari J.K.R, kemudian diserahkan kepada Guru Besar, Cikgu Awang Haji Japar bin Haji Tengah. Dirasmikan: Oleh Yang Amat Mulia Pg.Indera Wijaya Dr. Haji Ismail bin Pg. Haji Damit. Pada 29 RabiulAwal 1417/13 September 1996, Hari Jumaat.


Archives

Shoutbox

Web Site Hit Counter



Friday, 1 May 2009
TANAMKAN SIKAP MEMBACA DALAM ANAK ANDA blogg-ed at 14:36

Membaca ialah satu proses mendapatkan maksud atau makna daripada bahan penulisan seperti yang terdapat dalam buku-buku pendidikan atau ugama, buku cerita, komik, majalah, surat khabar, iklan-iklan dan sebagainya. Ianya juga sebagai asas pengetahuan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan serta sumber rujukan sama ada untuk dirinya atau orang lain.

Menurut Goodman (1971 & 1973) dan Smith (1971) ’ pembacaan adalan satu proses kognitif yang kompleks. Pembaca dikatakan bukan dengan matanya sahaja tetapi dengan otaknya juga. Pembaca yang cekap terlibat secara aktif dalam proses membaca sebab dia dapat mengaitkan apa yang terkandung dalam teks dengan pengetahuan latar yang memang sedia ada dalam ingatannya ’.
( Goodman & Smith :6)

Menurut Islam, berdasarkan Firman Allah S.W.T. yang kira-kira bermaksud ’ Bacaalah olehmu wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makluk, dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku, bacalah Tuhanmu yang maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, di mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya ’.
( Surah Al-Alaq : Ayat 1 – 5)

Agama Islam menggalakkan umatnya membaca segala bahan bacaan yang berfaedah contohnya membaca Al-Quran, Hadith-hadith nabi, buku-buku yang berkaitan dengan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang meliputi duniawi dan ukhrawi.

Mengajar dan menggalakkan anak-anak membaca bukanlah semudah mengarahkan mereka untuk membaca. Oleh itu ibu bapa haruslah memperkenalkan dan membacakan anak buku sejak kecil lagi kerana pada peringkat ini kanak-kanak mudah menerima setiap pengajaran yang diajar kepada mereka. Apabila amalan ini dapat dipupuk dari awal tabiat ini akan sentiasa tersemai dalam diri mereka sehinggalah mereka dewasa dan secara tidak langsung juga dapat menggembangkan kecerdasan mind mereka.

Selain daripada itu, antara langkah penting untuk menggalakkan kanak-kanak membaca adalah dalam diri ibu bapa itu sendiri. Seperti yang ditegaskan oleh Imam Al-Ghazali (2004), kanak-kanak tidak bersalah dengan fikiran, hati dan jiwa yang kosong. Kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa sahaja yang diingini oleh ibu bapa dan bertanggungjawab mempengaruhi kanak-kanak. Dengan erti kata lain ibu bapa haruslah menjadi role model kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan menggalakkan membaca. Jika ibu bapa menunjukkan contoh rajin membaca di depan anak-anak sudah setentunya mereka juga akan terikat untuk membaca secara tidak langsung ianya mendorong anak-anak untuk merasakan membaca itu sebenarnya sesuatu yang menyeronokkan dan proses menyemai perasaan cintakan buku akan menjadi lebih mudah.

Selain dari ibu bapa, guru juga berperanan penting dalam menggalakkan murid untuk minat membaca. Maju mundur murid itu sebahagiannya bergantung kepada usaha dan peranan yang dimainkan oleh guru sebagai pendidik yang berwibawa. Oleh itu guru perlulah merancang dan menyediakan strategi pengajaran yang berkesan agar dapat menarik dan mengekalkan tumpuan murid-murid pada pelajaran. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh guru ialah:
 Menyediakan sudut bacaan iaitu bagi memudahkan pengajaran dan pembelaharan diajarkan. Ianya juga bertujuan untuk memberikan peluang dan menggalakkan murid-murid untuk membaca buku. Oleh yang demikain, sudut ini perlulah dilengkapi dengan material pembelajaran seperti kad imbasan, kad suku kata, kad perkataan, buku-buku cerita dan sebagainya.

 Belajar sambil bermain dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan dengan tidak secara langsung murid mudah menerima pelajaran dengan baik dan bermakna. Guru haruslah menerangkan kepada murid tujuan permainan dijalankan dan paling penting sekali ialah peruntukkan masa untuk bermain.

 Belajar melalui cerita dan lakonan bertujuan untuk melatih murid mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan kemahiran berbahasa iaitu bertutur dan membaca. Melalui cerita dan lakonan murid dapat memahami apa yang dibacanya tadi serta dapat memberanikan diri tampil kehadapan.

Kesimpulannya ibu bapa, keluarga serta guru adalah memainkan peranan yang penting membantu kanak-kanak supaya menarik minat untuk membaca sehinggalah mereka dewasa. Dalam proses ini, kita hendaklah menggunakan pelbagai kaedah untuk menyediakan persekitaran yang menggalakkan sikap suka membaca. Buku dan bahan bacaan yang lain adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kerana ia merupakan kunci kepada gedung ilmu dan seribu rahsia yang ada di dalamnya. Tanpa ilmu, kanak-kanak sukar untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Maka, kita mestilah membantu kanak-kanak mencapai kejayaan hidup yang sempurna.

Disediakan oleh,
CIKGU AWANG HJ KAMIRULAZMAN BIN AWANG HJ KULA
Guru Besar, Sekolah Ugama Lumapas.


Sekolah Ugama Lumapas Brunei IV.