Ahlan Wa Sahlan
Photobucket

Pemimpin-pemimpin Sekolah Ugama Lumapas

School Links
Other Links

About School

INFO SEJARAH Ditubuhkan: Penghujung Tahun 50an di Sekolah Melayu Lumapas. Tenaga Pengajar Pertama: Allahyarham Cikgu Awg. Haji Yahya Bin Awg. Haji Abd Rahman. Bangunan Sementara: Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan beratapkan zink dan berdindingkan pelapah buluh. Pada 1984, diperbaharui dengan dinding papan dan dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan sebagainya. Bangunan kekal: Dibina Pada 01 Oktober 1992, di bawah RKN ke-6 dengan belanja $2.5 Juta. Pada 12 Januari 1995: J.P.I menerima anak kunci dari J.K.R, kemudian diserahkan kepada Guru Besar, Cikgu Awang Haji Japar bin Haji Tengah. Dirasmikan: Oleh Yang Amat Mulia Pg.Indera Wijaya Dr. Haji Ismail bin Pg. Haji Damit. Pada 29 RabiulAwal 1417/13 September 1996, Hari Jumaat.


Archives

Shoutbox

Web Site Hit Counter



Friday, 1 May 2009
Rahsia Bintang blogg-ed at 15:41


Pernah tak kawan-kawan melihat bintang pada waktu malam? Cantikkan. Ia berkelip-kelip. Jika diperhatikan terdapat pelbagai saiz bintang yang ada di angkasa. Kalau kawan-kawan hendak tahu tentang bintang, apa kata kawan-kawan baca maklumat ini.

Bagaimana Bintang Terjadi?

Bintang terhasil daripada kepulan habuk dan gas yang terdapat di angkasa. Habuk dan gas ini dipanggil sebagai nebula. Kepulan tersebut akan menghasilkan gravity di mana habuk dan gas ini diserap. Pada bahagian tengahnya, gas akan menjadi semakin pans sehinggalah sebutir tercipta.

Warna Bintang Kecil Dan Bintang Besar

Bintang besar boleh menghasilkan tenaga yang lebih banyak berbanding binatang kecil. Ini menjadikan bintang besar kelihatan lebih terang dan putih kebiru-biruan. Manakala bintang kecil lebih sejuk dan menjadikannya berwarna merah dan kurang bersinar.

Mengapa Bintang Bersinar?

Ia terjadi apabila habuk dan gas bersatu sehingga kuat, menyebabkan suhu semakin meningkat. Kepanasan di tengah-tengahnya akan menghasilkan tenaga. Tenaga tersebutlah akan bercahaya dan bersinar, seperti matahari yang merupakan sebutir bintang besar.

Bintang Akan Mati?

Ya. Bintang juga mempunyai jangka hayatnya tersendiri. Apabila sudah tiba masanya, bintang akan mati. Tetapi bagaimana? Bintang akan mati apabila kadar gasnya semakin tiada. Untuk pengetahuan lawan-kawan, oleh kerana bintang kecil hanya menggunakan tenaga yang sedikit, jangka hayatnya lebih lama berbanding bintang besar.

Bagaimana Bintang Merah Besar Bertukar Menjadi Putih Kecil?

Bintang mempunyai beberapa lapisan. Pada satu tahap, lapisan luar bintang akan terapung pergi dan menjadi lingkaran gas menerangi bintang. Ia di kenali sebagai ‘planetary nebula’. Apa yang tinggal ialah sebutir bintang yang lebih kecil saiznya. Daripada sebutir bintang merah besar, ia bertukar menjadi bintang putih kecil. Bintang kecil ini tidak boleh menghasilkan tenaga. Ia akan beransur-ansur menjadi sejuk seterusnya mati.

Bagaimana Bintang Yang Paling Berat Mengakhiri Hayatnya?

Bintang yang paling berat mengakhiri hayat meraka di dalam letupan yang di kenali sebagai ‘supernova’. Letupan tersebut akan meletupkan bahagian luar bintang. Seterusnya laoisan yang ada akan hilang begitu sahaja di angkasa sehinggalah ia terus hilang tenaganya.

Oleh: Dayang Yumni Farwizah Binti Awang Mohammad.

Darjah: 2 Ta

Sekolah Ugama Lumapas

Sekolah Ugama Lumapas Brunei IV.