Ahlan Wa Sahlan
Photobucket

Pemimpin-pemimpin Sekolah Ugama Lumapas

School Links
Other Links

About School

INFO SEJARAH Ditubuhkan: Penghujung Tahun 50an di Sekolah Melayu Lumapas. Tenaga Pengajar Pertama: Allahyarham Cikgu Awg. Haji Yahya Bin Awg. Haji Abd Rahman. Bangunan Sementara: Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan beratapkan zink dan berdindingkan pelapah buluh. Pada 1984, diperbaharui dengan dinding papan dan dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan sebagainya. Bangunan kekal: Dibina Pada 01 Oktober 1992, di bawah RKN ke-6 dengan belanja $2.5 Juta. Pada 12 Januari 1995: J.P.I menerima anak kunci dari J.K.R, kemudian diserahkan kepada Guru Besar, Cikgu Awang Haji Japar bin Haji Tengah. Dirasmikan: Oleh Yang Amat Mulia Pg.Indera Wijaya Dr. Haji Ismail bin Pg. Haji Damit. Pada 29 RabiulAwal 1417/13 September 1996, Hari Jumaat.


Archives

Shoutbox

Web Site Hit Counter



Friday, 1 May 2009
KELEBIHAN AZAN blogg-ed at 15:37


PADA SUATU MALAM KETIKA AKU SEDANG MEMBACA SEBUAH BUKU TIBA-TIBA LAMPU DIBILIKKU PADAM, SERTA MERTA BILIKKU MENJADI GELAP. CUMA ADA CAHAYA SAMAR-SAMAR YANG MENCURI MASUK DARI JENDELA BILIKKU KEBETULAN LETAK BILIKKU BERHADAPAN JUGA DENGAN JALAN RAYA YANG MEMPUNYAI LAMPU.DENGAN CAHAYA LAMPU JALAN RAYA ITU JUGA MEMBANTU MENERANGI BILIKKU. AKU MERASA HAIRAN KENAPA LAMPU DI RUMAHKU PADAM DENGAN TIBA-TIBA. AKU MEMANGGIL AYAH DAN IBUKU “ AYAH ! IBU ! TOLONG AMBILKAN LILIN LAMPU DIBILIKKU PADAM “ , TETAPI TIDAK ADA SEHUTAN DARI AYAH DAN IBUKU.

“ KEMANAKAH MEREKA PERGI “ ? HATIKU BERKATA , AKU MERASA SUASANA KETIKA ITU TERLALU SUNYI CUMA ADA SUARA

BURUNG DAN SEKALI SEKALA BUNYI KAENDARAAN DIJALAN RAYA .

DALAM KEADAAN CAHAYA SAMAR-SAMAR ITU AKU MEMBERANIKAN DIRIKU KELUAR DARI BILIKKU UNTUK MENCARI LILIN. DENGAN PERLAHAN-LAHAN AKU TERUS BERJALAN MENUJU KEANAK TANGGA UNTUK TURUN KETINGKAT BAWAH, SEMATA-MATA UNTUK MENCARI LILIN YANG TERSIMPAN DIDALAM ALMARI DAPUR RUMAHKU, TEMPAT BIASA DISIMPAN OLEH IBUKU. SETIBAKU DIDAPUR AKU TERUS MENUJU KE ALMARI DIMANA TERSIMPAN LILIN DAN MANCHIS.

DENGAN TIDAK SABAR LILIN TADI LANGSUNG KU NYALAKAN. SEBAIK SAYA LILIN ITU MENYALA ALANGKAH TERPERANJATNYA DIRIKU KERANA TERNAMPAK ADA SATU LEMBAGA HITAM BERDIRI DEKAT ALMARI . AKU PUN MENJERIT DENGAN SEKUAT HATIKU MEMINTA TOLONG TOLONG ! TOLONG ! TETAPI TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENOLONG. AKU MENJERIT LAGI DENGAN SEKUAT-KUAT SUARAKU , TETAPI LEMBAGA HITAM ITU SEMAKIN DEKAT KEPADAKU SEHINGGA MAHU MEMEGANG TANGANKU. AKU MERASA TAKUT YANG AMAT SANGAT, TETAPI DIDALAM KETAKUTAN ITU AKU BERUSAHA MELAWANNYA, TETAPI TIDAK BERJAYA KERANA TANGAN DAN KAKI KU TIDAK DAPAT BERGERAK .AKU SEMAKIN TAKUT.

DIDALAM KETAKUTAN ITU TIBA-TIBA AKU TERINGAT AKAN PESAN AYAHKU, SUPAYA MELAUNGKAN AZAN APABILA TERJADI PERKARA BURUK YANG MENIMPA. MAKA AKU PUN MELAUNGKAN AZAN DENGAN SEKUAT SUARAKU .LEMBAGA HITAM ITU PUN TIBA-TIBA BERUNDUR KEBELAKANG DAN JATUH TERSUNGKUR. MAKA KAKI DAN TANGANKU PUN DAPAT DIGERAKKAN . DAN AKU TERDENGAR SUARA AYAH DAN IBUKU MEMANGGILKU BANGUN ! BANGUN ! .AKU TERKEJUT RUPA-RUPANYA AKU BERMIMPI.

ALHAMDULILLAH PERISTEWA ITU CUMA MIMPI SAHAJA.DAN SEKARANG SEJAK MIMPI ITU AKU DAPAT TAHU DAN PERCAYA KELEBIHAN AZAN ITU BANYAK KELEBIHANNYA SELAIN MEMPERINGATKAN UNTUK ORANG ISLAM MENUNAIKAN SEMBAHYANG BAH KAN IA BOLEH JUGA MENGHALAU IBLIS DAN SYAITAN YANG INGIN MENGANGGU KITA.

LAFAZ AZAN ITU IALAH :

ALLAH HU AKBAR 2X ….

ASHADUALLA ILAHAILLALLAH 2X …..

WA ASHADUANA MUHAMMADAR RASULLULLAH 2X ……

HAIYA ALAS SOLAH 2X …..

HAIYA ALAL FALAH 2X ……

ALLAH HU AKBAR 2X ………….

LA ILAHAILLALLAH ………..



DIHASILKAN OLEH :

AWANG MD AMRUN SALIHIN BIN AWANG ZAMIL

DARJAH ; 5 TA

Sekolah Ugama Lumapas Brunei IV.