Ahlan Wa Sahlan
Photobucket

Pemimpin-pemimpin Sekolah Ugama Lumapas

School Links
Other Links

About School

INFO SEJARAH Ditubuhkan: Penghujung Tahun 50an di Sekolah Melayu Lumapas. Tenaga Pengajar Pertama: Allahyarham Cikgu Awg. Haji Yahya Bin Awg. Haji Abd Rahman. Bangunan Sementara: Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan beratapkan zink dan berdindingkan pelapah buluh. Pada 1984, diperbaharui dengan dinding papan dan dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan sebagainya. Bangunan kekal: Dibina Pada 01 Oktober 1992, di bawah RKN ke-6 dengan belanja $2.5 Juta. Pada 12 Januari 1995: J.P.I menerima anak kunci dari J.K.R, kemudian diserahkan kepada Guru Besar, Cikgu Awang Haji Japar bin Haji Tengah. Dirasmikan: Oleh Yang Amat Mulia Pg.Indera Wijaya Dr. Haji Ismail bin Pg. Haji Damit. Pada 29 RabiulAwal 1417/13 September 1996, Hari Jumaat.


Archives

Shoutbox

Web Site Hit Counter



Friday, 1 May 2009
Permulaan Sakit Dan Parah. blogg-ed at 15:40
Tidak lama Beberapa bulan setelah Rasulullah S.A.W kembali dari Haji Wada, beliau merasa kurang sehat badan dan mulailah sakitnya yang parah di bahagian kepala.

Dan tatkala sakitnya menjadi parah, Rasulullah s.a.w meminta izin kepada isteri-isterinya untuk di rawat di rumah Aisyah r.a sebagai ganti dari bergilir di antara isteri-isterinya sebagaimana biasanya. Kemudian mereka mengizinkannya untuk itu. Sakit Rasulullah s.a.w semakin keras dan rasa sakitnya pun semakin menjadi-jadi. Inilah Abdullah Bin Mas’ud berkata, “Aku telah menemui Rasulullah s.a.w, sedang beliau dalam keadaan sakit keras”. Lalu aku menyentuhnya, dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau benar-benar sakit keras kerana terlalu letih!” Beliau bersabda, “Ya, sesungguhnya aku sakit keras sebagaimana sakitnya dua orang lelaki diantara kamu!”Dia berkata, “Aku mengatakan bahawa engkau benar-benar mempunyai dua pahala”. “Beliau bersabda, Benar! Demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, tidak ada seorang muslim pun di atas bumi ini yang menderita sakit dan lain-lainnya, kecuali Allah menurunkan darinya kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menurunkan daunnya”.

Dan apa yang dirasakan Rasulullah s.a.w didalam sakitnya telah meninggalkan kesan dengan merasakan sejuknya musibah bagi Aisyah isterinya, kerana ia berkata, “Aku sentiasa mencita-citakan seorang mukmin merasakan kerasnya kematian setelah kerasnya itu dirasakan oleh Rasulullah s.a.w”.

Disediakan Oleh:
Dayang Siti Samah Binti Awang Abd Samad
Darjah 4 Ba
Sekolah Ugama Lumapas Brunei IV.