Perayaan “Bu, Ujang kan turun ke bandar dulu inda batah ni” “Engkau jalan sama siapa?” “Siapa lagi, jiran kita yang merangkap kawanku atu lah, si Azman”, beritahu Ujang kepada ibunya dengan nada seakan memujuk. “Saja-saja kan meliat orang..”, tambahnya selamba. Ujang terpaksa berbuat sedemikian kerana takut cancel pula rancangannya berjalan-jalan dengan kawan karibnya, Azman. Mungkin perkataan ‘turun’ sambil ‘meliat orang’ tadi mempunyai maksud tersendiri bagi pemuda yang baru memasuki umur 20 tahun ini. Ala..biasalah orang muda kan? Tangan emaknya bergerak masuk ke dalam beg tangannya lalu meraba-raba untuk mengambil sejumlah wang yang mana menandakan ibunya setuju. Ujang pula tersenyum kambing. Sebelum saja jari-jemari Mak cik Munah yang telah berusia setengah abad ini mencapai ongkos untuk anak tunggal kesayangannya itu, Ujang menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibunya. “Inda payahlah bu, Ujang baru jua menerima elaun kelmarin. Bah, Ujang jalan dulu bu”. Ujang mencium tangan ibunya yang pernah membesarkannya sehingga kini. “Balik karang jangan menyimpang-nyimpang lagi, ingat tu”, suara perlahan Mak cik Munah tetapi kedengaran tegas sedikit. Bagi Mak cik Munah, Ujang saja lah satu-satunya harapan dan kebanggaannya. Dia mahu melihat anaknya menjadi pembela keluarganya suatu hati nanti kerana dia sedar yang kehidupan mereka pada masa itu tidaklah sesempurna orang lain. Mak cik Munah terkenang sejenak yang mana pernah pada masa dulu Ujang tidak berbelanja ke sekolah dan hanya berbekal sebotol air suam. Akan tetapi dengan didikan yang penuh prihatin dan kasih sayang, sejak dulu lagi Ujang sendiri tidak pernah merungut semua itu. Sesampainya mereka berdua di pintu pagar masuk Padang Taman Omar Ali Saifudien kelihatan kemeriahan dan kegembiraan terukir pada muka kanak-kanak yang bermain dengan rianya di tengah-tengah padang. Gerai-gerai berderet dikawasan luar taman menunggu pelanggan yang datang. Tambahan lagi lampu-lampu neon yang bergemerlapan sungguh mengasyikkan dan mempersonakan ketika perjalanan ke bandar. Kaum ibu-ibu dan bapa budak hanya memerhatikan gelagat anak-anak mereka. Beginilah yang dapat disaksikan pada setahun sekali bagi merayakan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan. Di dalam hati Azman menyatakan syukur kepada Tuhan yang melahirkannya di dalam negara yang penuh aman dan permai serta dikurniakan raja yang bijaksana. Tidak ada kacau bilau seperti di negera-negera lain sebagaimana berita yang selalu dilihatnya di dalam t.v. Sangkaan Azman, mungkin keamanan inilah yang membuatkan rakyat negara ini bersemangat patriotik. Daulat Tuanku! Tidak ketinggalan juga para muda mudi yang datang berduyun-duyun turut membanjiri taman ini. Kini, golongan sepertinya itu menjadi perhatian Ujang sekarang. Bermacam-macam gaya dan trend yang ditiru pakai tanpa segan silunya. Tidak kira pula yang nampak itu di mana-mana bahagian asalkan nampak tidak ketinggalan zaman. Inilah yang salah anak muda sekarang kerana mengikut trend bukan mengikut syariat, sungut hati Ujang yang mana sungguhpun dia tidak begitu arif soal agama dan hanya mendapat pangkat dua dalam peperiksaan sekolah agama darjah enam tetapi dia tidak pernah memandang remeh tentang berkait-rapat dengan hukum-hakam. Tidak tahu pula dalam fikiran Ujang adakah ibubapa mereka tidak tahu anak-anak mereka keluar dengan kain yang cukup atau sememangnya ibubapa sudah tahu tetapi buat tidak tahu. Ya Tuhan, benarlah yang dikatakan tanda kecil hari Kiamat yang Engkau janjikan itu sudah berlaku, bisik hatinya. Azman yang dari sejak tadi biji matanya tidak berkedip-kedip melihat beberapa orang perempuan seksi yang berada tidak jauh daripada mereka berdua terdiam kaku. Ujang menggamit kawannya itu. “Woi, potong stim lah kau ani Jang!” “Apa lah kau ni, atu baru intro ” “Awuwah, tani survey tempat lain lagi, cana?” Baru saja Ujang nak menguji kawan baiknya yang setia keakhir zaman itu, rupanya semakin menjadi pula dia. Jam tangan Adidas yang masih bau cina yang dibelinya bulan lepas itu menunjukkan baru pukul 8 malam. Mereka berdua ini sememangnya suka bergurau malahan sudah seperti adik-beradik kerana mereka kenal dari sejak kecil lagi dan sekolah pun di dalam kelas yang sama. Biasanya, pada malam-malam perayaan seperti ini Ujang serta rakan-rakan sekolah menengahnya selalu lepak-lepak dan membuang masanya dengan balik larut malam. Walaupun Mak cik Munah sudah kerap kali meleter anaknya itu tetapi hanya diibaratkan seperti menumpahkan air di daun keladi saja. Pabila melintas saja gadis di depan tempat mereka lepak alamat jadi mangsa usikan mereka yang entah keberapa kalinya. “ Hai, inda berkenalan dulu sama abang yang handsome lagi bergaya ani kah?”, usik salah seorang rakan Ujang kepada seorang gadis ayu yang mukanya seperti kacukan cina-melayu itu. Semuanya itu ikut nasib. Kalau ada respon walaupun hanya dengan sekuntum senyuman dilemparkan, maka bersoraklah rakan-rakan mereka yang lain untuk mengiktiraf atas keberanian dan kepandaian skill pancing-memancing yang dibuat. “Atu baru main-main ja”, dengan bangganya hero tadi berkata. Ujang dan rakan-rakannya pun gelak seperti orang sakit Malaria. Lalu Ujang memandang kawan baiknya. Pada fikirannya, itu belum lagi giliran Azman ‘mengembangkan sayap’ sebab kalau tidak masakan Azman boleh menjadi penasihat Ujang dalam bidang ini pada ketika itu. Walaupun banyak masa yang terbuang dengan job melepak tetapi mereka tidak pernah sekali-kali terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat ataupun berperangai seperti bukan manusia. Keadaan ini hanya menunjukkan mereka sedang dalam proses peralihan dari remaja kepada dewasa. Atau mungkin yang paling jelasnya mereka ini masih kurang peka dengan masa yang semakin meninggalkan mereka tanpa pesan. Namun, semuanya itu hanya menjadi kenangan manis sewaktu zaman keremajaan bagi Ujang. Ujang tersenyum sendirian mengenangkannya. Sekarang, Ujang dan Azman adalah sama-sama bakal pendidik berkelulusan degree dalam jurusan yang sama. Walaupun senakal-nakal mereka pun dulu, akhirnya menjejak kaki jua ke universiti. Lepas mission completeberjalan-jalan, mereka berhasrat untuk menukar destinasi mereka menuju ke kawasan persembahan pentas yang kurang lebih mengambil masa 5 minit dari taman untuk sampai ke sana. Jumlah orang yang datang dan balik berjalan kaki dari termpat itu dianggarkan seakan sama banyaknya. Mungkin malam masih muda, desis hati Ujang. Tiba-tiba dalam perjalanan mereka itu tiba Ujang terdengar perempuan meninta tolong. Ujang menoleh kebelakang. “Pencuri!!! Tolong!” Dengan pantasnya Ujang sempat merampas beg tangan perempuan itu yang dibawa lari oleh seorang budak yang menuju hendak memintas mereka berdua. Budak remaja yang linkungan umur 13-15 tahun itu terus menghilang dicelah-celah orang ramai. Azman hanya tercegat melihat perkara yang begitu pentas itu berlaku. Perempuan yang meminta tolong itupun menghampiri mereka. “Terima kasih kepada kamu berdua kerana menyelamatkan beg ku ani” “Nasib baiklah beg awak saja yang nak dikebasnya. Kalau dengan orangnya sekali siapa jua yang susah, kan Jang?” Azman yang hanya menyaksikan kejadian itu tadi pun mula menegapkan badannya kerana dianggap turut menyelamatkan beg gadis berkulit cerah dan bersih mukanya itu semakin lagi mengembangkan hidung kawan baik Ujang yang tumpang kena puji itu. Ujang hanya terkebil melihat kejelitaan gadis yang diselamatkan begnya itu. Kasihmu aku terima, seloroh hati Ujang. “Namaku Anis. Kalau kamu inda berkeberatan sebagai ganjarannya aku lanja makan kamu berdua lagipun aku datang sorang-sorang ganya” “That’s good idea!”, jawab Azman cepat yang tidak mahu melepaskan bangkai. Ujang seperti menyerahkan bab ini kepada kawan baiknya. Dalam perbualan mereka bertiga di sebuah gerai makan berhampiran pentas yang sedang menjalankan beberapa pertunjukkan nyanyian, rupanya barulah Ujang dan Azman tahu gadis lawa berumur 19 tahun duduk di depan mereka yang bernama Anis ini mempunyai prinsip hidup yang kuat. Anis suka berdikari orangnya dan kerana itu dia datang pada malam itu dia seorang sahaja. Lagipun katanya dua hari lepas dia sudah bersama keluarganya ke bandar. Ujang berasa bangga dan untung kerana dapat berkenalan dengan Anis. Sesekali mereka tergelak kerana perangai dua orang jejaka yang selalu buat lawak itu menceriakan lagi suasana masa itu. Ujang secara professional sering kali mencuri pandangan ke arah Anis. Anis yang kelihatan begitu manis bertudung hijau cerah bersesuaian dengan kulitnya membuatkan lubuk hati Ujang tergamit sedikit dengan tambahan lagi sopan santun dan sifat ramah Anis yang dipamerkannya itu. Tidak sangka juga dalam keramahannya jua, Anis salah seorang ahli Karate. “Kalau kudapat budak tadi tu, aku karate baru ia tau!”, kata Anis dengan nada yang bercampur gurauan. Tiba-tiba bunyi SMS talipon bimbit kedengaran. Ketiga-tiga mereka memeriksa talipon bimbit masing-masing. “Opss, maaf lah Jang, Man, aku terpaksa lekas balik kerana ayahku sudah menunggu. Kamu bayar kan untuk ku kay. Urgent! Bye…” Anis terus saja berlalu. Bibir mulut Ujang masih lagi menyiruk menggunakan straw Milo pink yang diordernya tadi. Tidak sempat dia bertanya alamat atau nombor talipon Anis apatah lagi mengucapkan selamat jalan, rungut hati Ujang. Azman terdiam mungkin sebab panik kerana siapa yang akan membayar nanti sebab awal tadinya Anis yang beria-ia hendak belanja. Dengan serentak dua orang sekawan yang seperti adik-beradik ini berucap, “KITA DAH KENA TIPU LAH..”. Mereka pun gelak bersama dan tidak menyangka ada juga wujud orang yang seperti mereka jumpa itu di dalam dunia ini! Gmie