Ahlan Wa Sahlan
Photobucket

Pemimpin-pemimpin Sekolah Ugama Lumapas

School Links
Other Links

About School

INFO SEJARAH Ditubuhkan: Penghujung Tahun 50an di Sekolah Melayu Lumapas. Tenaga Pengajar Pertama: Allahyarham Cikgu Awg. Haji Yahya Bin Awg. Haji Abd Rahman. Bangunan Sementara: Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan beratapkan zink dan berdindingkan pelapah buluh. Pada 1984, diperbaharui dengan dinding papan dan dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan sebagainya. Bangunan kekal: Dibina Pada 01 Oktober 1992, di bawah RKN ke-6 dengan belanja $2.5 Juta. Pada 12 Januari 1995: J.P.I menerima anak kunci dari J.K.R, kemudian diserahkan kepada Guru Besar, Cikgu Awang Haji Japar bin Haji Tengah. Dirasmikan: Oleh Yang Amat Mulia Pg.Indera Wijaya Dr. Haji Ismail bin Pg. Haji Damit. Pada 29 RabiulAwal 1417/13 September 1996, Hari Jumaat.


Archives

Shoutbox

Web Site Hit Counter



Friday, 1 May 2009
Perasmian E-Makalah R.A.S.U.L 2009 blogg-ed at 15:46




MUQADDIMAH


Allhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jua Badan Akademik Sekolah Ugama Lumapas dapat menyusun dan mengatur program-program atau aktiviti-aktiviti Rancangan Tahunan bagi Tahun 2009M / 1430H.


Adapun objektif utama program-program atau aktiviti-aktiviti ini diadakan ialah bagi menyahut cabaran negara abad Ke-21 dalam memastikan bahawa anak bangsa Brunei pada masa ini sudah terdedah dengan pelbagai ilmu melalui maklumat semasa atau dikenali sebagai ’ ICT ’. Disamping itu, guru-guru juga dapat mempelbagaikan aktiviti ilmu yang tidak tertumpu pada matapelajaran yang diajarkan. Guru-guru juga perlu peka dan berfikiran terbuka jika ingin melihat anak didiknya terus maju dan seterusnya melahirkan anak bangsa yang berilmu bukan saja dibidang pendidikan duniawi malah pendidikan ukhrawi agar mereka dapat melahirkan generasi yang maju, berilmu, beriman, beramal serta taat dalam apa jua suruhan dalam merangka asas aspek kehidupan dan memartabatkan budaya ilmu dengan membentuk negara ini sebagai ’ Negara Zikir ’.


Matalamat utamanya ialah untuk melahirkan generasi yang mantap dengan kedewasan berilmu selaras dengan pembangunan negara yang sudah mencecah kemerdekaan Jubli Perak Ke-25 Tahun dengan bertemakan Kedewasaan Bernegara ’.


Apabila kita mendengar ungkapan tema di atas, ’ Kedewasaan ” bermaksud tahu berfikir dan menilai diantara baik dan buruk. Menurut Islam pula maksud ’ Dewasa ’ ialah Mu’maiz. Secara keseluruhannya Kedewasan bermaksud proses menuju ke arah pembentukan yang positif dengan cara berfikir mengunakan akal yang waras dalam membangun kehidupan yang sempurna melalui pendidikan serta dapat membentuk sesebuah kehidupan yang ingin kita kecapi dalam mencapai wawasan bernegara yang mantap.


Untuk akhirnya, diharap semua guru-guru akan dapat berusaha untuk membangun kualiti hidup dengan memperbanyakkan menuntut ilmu pengetahuan serta dapat menyumbang bakti untuk negara dalam membentuk, membangun dan memajukan negara menurut lunas-lunas Islam dan semoga Allah SWT memberkati dan meredhai segala usaha yang berkebajikan ini, khusnya kepada guru-guru yang bertungkus lumus mendidik, melatih, membimbing murid-murid di sekolah ini dan semoga ianya membuahkan kejayaan yang cemerlang. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian.

Dengan hormat,

CIKGU AWANG HAJI KAMIRULAZMAN BIN AWANG HAJI KULA.

Guru Besar.

Sekolah Ugama Lumapas Brunei IV.